Alhamdulillah, buat julung kali di CAREER EXPERT EVENTHALL,   yang menyediaan sewaan dewan terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor diadakan Seminar Bisnes Custom Made Jacket. Seminar yang berlangsung selama 1 hari ini di anjurkan oleh Eraine Creative Sdn.Bhd.

Tuan Azizul Marhan yang merupakan pengasas Eraine Creative serta mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam industri ini begitu teruja dapat berkongsi pengetahuan dan peluang tentang bisnes jackets dengan para usahawan.

Di sokong oleh kemudahan lengkap disediakan oleh pihak pengurusan Eventhall Career Expert, kami menyediakan fasiliti seperti head-set mic dan projector yang berkualiti tinggi, menjadikan seminar bisnes custom made jacket ini berlangsung dengan jayanya.

Pihak pengurusan sewaan dewan di Bandar Saujana Putra ini juga turut menyediakan kemudahan seperti clicker, marker pen, kertas mahjong, A4 paper, whiteboard untuk kegunaan trainer. Peralatan yang disediakan ini dapat membantu memudahkan pihak trainer dan hanya boleh fokus persediaan untuk mengajar sahaja.

Pengalaman 10 tahun dalam mengendalikan event dan seminar, menjadikan pihak Eventhall Career Expert amat memahami keperluan trainer dan peserta-peserta yang hadir.

sewa dewan bandar saujana putra @ Eventhall Career Expert

Kemudahannya lengkap dan selesa, tanpa ada caj tambahan seperti untuk pen marker, whiteboard dan ruang solat.

Azizul MarhanEraine Creative Sdn.Bhd
sewa dewan bandar saujana putra @ Eventhall Career Expert

Ruang yang luas dan selesa untuk 30 orang peserta di event space / bilik seminar CAREER EXPERT EVENTHALL.

Antara yang ditekan kan dalam seminar ini adalah

  • Mereka mengenali jenis-jenis jaket. Sebenarnya ada banyak jenis jaket… diantaranya varsity jacket, bomber jacket, hoodie sweater, windbreaker, coach jacket, harrington jacket, parka jacket
  • Pasaran dan permintaan menggalakkan. Banyak syarikat swasta, agensi kerajaan, kumpulan-kumpulan pelajar kolej dan universiti hinggalah ke sekolah-sekolah menengah, mahukan custom made jacket.
  • Pilihan yang lebih luas, khususnya custom made jackets. Produk ready made jacket juga agak terhad pilihan yang ada.
  • Masih kurang persaingan, sebabnya tak ramai yang mahu ceburi bidang ini. Peluang untuk anda rebut sekarang.
  • Bisnes custom made jacket adalah suatu perniagaan yang premium, bukan jual ‘baju murah’ dan bukan boleh suka-suka ‘buang harga.’
  • Margin untung yang lebih hebat daripada yang lain, anda akan rasa nanti “bestnya buat bisnes jacket ni.”
sewa dewan bandar saujana putra @ Eventhall Career Expert

Usahawan-usahawan yang hadir sekitar Selangor, Kelantan dan Kuala Lumpur kusyuk mendengar penerangan, apatah lagi dengan ruang yang luas di dewan Career Expert Eventhall ini.

Dalam seminar ini juga, paling penting peserta-peserta diterangkan tentang product knowledge dan marketing & sales untuk perniagaan jaket ini, supaya lebih mudah dan lebih cepat mereka buat duit.

Lokasi dewan Bandar Saujana Putra ini begitu dekat dengan Putra Heights, Shah Alam, Putrajaya dan Seri Kembangan. Perjalanan untuk ke tempat ini boleh melalui dua (2) highway iaitu ELITE Highway dan SKVE Highway.

Perkara yang selalu dirisaukan oleh penganjur dan peserta-peserta adalah parking. Tapi yang paling best di dewan Career Expert ini ianya percuma dan banyak.

Bagi pihak pengurusan Eventhall Career Expert, jutaan terima kasih Eraine Creative kerana sudi menggunakan bilik seminar / dewan Bandar Saujana Putra kami ini bagi memberikan perkongsian ilmu bisnes custom made jacket kepada usahawan.

sewa dewan bandar saujana putra @ Eventhall Career Expert

Berminat Untuk Menggunakan Eventhall Career Expert? 

Isikan maklumat di bawah sekiranya anda berminat untuk sewa dewan / event space ini.

Ainul

Author Ainul

More posts by Ainul

Leave a Reply