3 Pengangkutan Awam ke Career Expert Eventhall

By August 23, 2018 February 8th, 2019 Panduan

Kerapkali saya terima pertanyaan pengangkutan awam sekitar di bilik seminar di Putra Heights / Bandar Saujana Putra. Hari ini, saya nak kongsikan 3 pengangkutan awam yang terbaik dan murah untuk ke Career Expert Eventhall yang terletak di Bandar Saujana Putra, anggaran 7 minit perjalanan dari Putra Heights.

Secara amnya, jika lebih banyak masa diluangkan di jalan, tak perlu drive. Lebih baik menggunakan sistem pengangkutan awam.

Pengangkutan Awam LRT/MRT/Monorel

Sekiranyanya kalian datang dari luar KL/ Selangor dan menggunakan bas express, kalian akan tiba di TBS/Terminal Bas Bersepadu Selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur atau pun di KL Sentral.

Dari TBS/Terminal Bersepadu Selatan ke Putra Heights

Dari stesen bas TBS, terus berjalan ke arah LRT Bandar Tasik Selatan. Anda boleh menggunakan TouchNGo ataupun beli token perjalanan terus ke stesen Putra Heights. Tunggu di terminal laluan arah ke LRT laluan Sri Petaling (Putra Heights). Kos tiket hanya RM4.10 dan mengambil masa perjalanan anggaran 40 minit dari TBS/Terminal Bersepadu Selatan.

Dari KL Sentral ke Putra Heights

Sekiranya kalian tiba di KL Sentral, dari stesen KL Sentral boleh terus ke stesen Putra Heights menggunakan LRT laluan Kelana Jaya. Beli token yang terus ke arah stesen Putra Heights ataupun boleh juga menggunakan TouchNGo.

TIBA DI PUTRA HEIGHTS

Dah sampai ke LRT Putra Heights, untuk ke bilik seminar di Putra Heights / Bandar Saujana Putra ada 2 pilihan.

1. Bas Rapid KL

Kalian boleh menunggu bas di stesen bas berhampiran LRT Putra Heights, dan ambil bus ke destinasi Bandar Saujana Putra.

2. Uber / Grab

Kaedah ini lebih cepat dan menjimatkan masa. Dengan menggunakan aplikasi Grab, masukkan di ruangan destinasi di tuju ‘CAREER EXPERT EVENTHALL’.

Dengan tambang grab cuma RM10 sahaja, pemandu grab akan datang dan bawa anda terus ke Career Expert Eventhall.

Jadi, selain dari memandu dan mungkin jarak perjalanan yang jauh akan meletihkan anda, pengangkutan awam merupakan pilihan terbaik untuk ke Career Expert Eventhall at Bandar Saujana Putra, SelangorMudahkan 🙂

bilik seminar selangor

Untuk anda yang masih mencari tempat untuk sewa bilik seminar ataupun dewan, apa kata jalankan program/kursus ataupun latihan anda di bilik seminar saya, Career Expert Eventhall – bilik seminar di Putra Heights/Bandar Saujana Putra 🙂

Leave a Reply