Setiap hari saya menulis tentang ini tapi saya akan discard sebelum ketik butang post.

Saya peram cerita ini hampir dua bulan. Kerana tidak tahu mahu mulakan dari mana. Rasanya ini kali pertama post paling panjang yang saya tulis.

Otak ligat tak henti-henti berfikir. Merancang itu ini, saya tulis, buat reseach, buat budget. Nak buat apa lagi, nak susun atur proses renovation, nak atur jadual kontraktor, susun jadual program jemputan dan coaching The Career Expert, jadual temujanji dengan clients, jadual cari barang -barang dan tak lupa tugas hakiki untuk ambil dan hantar anak ke sekolah.

Ye semua kena di rancang dengan baik. Kerana gagal merancang dengan baik, kami akan rugi masa dan target yang mahu dicapai untuk menyiapkan renovation dalam tempoh-nya.

Gambar pertama selepas signboard dipasang

Untuk sampai ke tahap ini, perjalanannya tidak semuanya indah. Otak kami tak boleh dok dediam. Bila takde idea kami istigfar dan solat taubat. Dua amalan ni nadi hidup dan kekuatan kami. Ada part yang gembira, ada some part yang sedih, proses kelulusan lesen yang renyah, pernah rasa nak give-up, namun kami teruskan dan teruskan sampailah hari ini…apa yang kalian bakal lihat lepas ini.

Secara rasminya, ia dilancarkan pada 7 October 2017 lepas. Majlis simple dan dihadiri oleh circle family & close friend.

bilik seminar fasiliti lengkap

bilik seminar fasiliti lengkap

Antara family yang hadir

BILIK SEMINAR & DEWAN ACARA

Di namakan Career Expert Event Hall, sempena brand The Career Expert yang semakin dikenali. Alhamdulillah. Kami ketengahkan konsep moden dan minimalist. Kalau biasa, kita dengar boutique hotel, keunikan kami adalah kami ketengahkan konsep ala boutique training centre.

Strategik

Lokasi kami betul-betul berhadapan dengan Mahsa University, yang terletak di Bandar Saujana Putra.

Kata seseorang, mesti ada sesuatu yang Allah sedang aturkan untuk you-guys, Dia pilih your event hall di depan Mahsa. Event Hall kami juga sederet dengan 99 Speedmart di Jalan SP 1/2. Senang nak cari.

Jika kalian dari Elite Highway (KLIA), di bulatan selepas Plaza Tol Saujana Putra,  ambil arah pukul 9.

Jika kalian dari SKVE Highway, ambil susur simpang pertama selepas Plaza Tol SKVE Saujana Putra.

Kemudahan LRT / Bus

Lokasi Event Hall kami yang berada di tengah-tengah, menghubungkan antara kawasan dari Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Puchong dan Nilai. Malah, jika kalian dari KLIA, hanya mengambil masa dalam 28 minit dengan memandu kereta. Kalian juga boleh guna kemudahan LRT iaitu stesen terdekat dengan Event Hall ini adalah LRT Putra Heights. Dari stesen ini, mengambil masa perjalanan anggaran 10 minit mengunakan bas Rapid KL  ataupun Smart Selangor. Kalian juga boleh gunakan Taxi, Grab-Car atau Uber.  

Kemudahan Berdekatan – Boutique Hotel

Buat peserta-peserta dan penceramah yang tinggal jauh dari kawasan Selangor, dan tak mahu dapat pengalaman ngeri ’terperangkap dalam jem’, cara terbaik adalah datang ke program ini lebih awal. Ataupun kalau nak lebih selesa, kalian boleh pilih untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan Event Hall kami.

Ada 2 buah hotel terbaik yang ada di kawasan sekitar Event Hall kami untuk anda, Comma Hotel & Saujana City Hotel. Ini antara pilihan terbaik dan selesa buat anda mahu berehat dalam jangka masa singkat. Jarak antara kedua-dua hotel ke Event Hall kami hanyalah dalam 3-5 min berjalan kaki.

Kemudahan Berdekatan – Kedai Photostat & Printing

Selain itu, sekitar kemudahan yang ada adalah Kedai Photostat dan Printing. Ini amat penting untuk penceramah / organizer yang mungkin mahu print / photostat di saat-saat akhir. Turun sahaja dari Event Hall kami, terdapat 3 buah kedai photostat dan printing yang sentiasa dibuka dari pagi hingga ke malam.

Kemudahan Berdekatan – Kedai Makan & Restoran

Ada lebih 5 buah kedai makan yang berdekatan event hall kami sediakan makanan pagi & tengahari dengan menu pelbagai pilihan. Antaranya menu yang kami dah cuba adalah masak lomak, asam pedas, kurma dan nasi ayam. Memang sedap! Jika kalian adalah penggemar Nasi Kak Wok..haaa kat sini pun ada dijual. Banyak pilihan menu dan memang terbaik-lah!

Selain kedai makan melayu, untuk penggemar kedai mamak juga ada beberapa pilihan sekitar yang hanya 3-5 min berjalan kaki. Dan sesekali mahu makan fast-food, kalian boleh pilih KFC, Pizza-Hut, Burger King dan juga Domino yang cuma ambil masa 7 min jika memandu.

Kata MIL saya, curlasss event hall kak long, ada semua! haha mak oo mak. Rindu pula pada mak. Orang yang paling mempercayai kami dan tidak putus-putus support dan doa kan kejayaan bisnes kami. Tanpa doa, restu dan sokongan mak ayah, kami tak berada di tahap ini. Terima kasih Mak!

Kemudahan di Bilik Seminar

Ruang Training

Di Event Hall kami ada 3 area, iaitu training area, waiting area dan meeting area. Kemudahan yang ada di training area dilengkapi dengan fasiliti untuk program :

  • Kerusi & meja
  • Air Conditioner room
  • Vinly flooring
  • Wireless microphone & audio
  • Headset
  • Spotlight lamp
  • Mini stage
  • PA System
  • Overhead projector
  • Flip-chart
  • 30mbps wireless
  • Prayer room
  • Pantry
  • dan…

emm pendek kata segala kelengkapan untuk buat program semua ada disediakan. Di Hall 1, dengan kapasiti peserta seramai 45-50 orang untuk class-room setting, dan 80 orang untuk theater setting (kerusi sahaja).

Ruang Meeting/Private Coaching

Meeting area adalah ruang yang agak privasi, tertutup dan untuk kapasiti peserta dari 2 – 12 orang. Kebiasaanya ia digunakan untuk private disccusion ataupun sesi coaching. Dan sejak October lepas, sesi Career Coaching bersama The Career Expert juga telah dijalankan di sini.

Ruang Menunggu

Waiting Area ataupun kata rakan saya, ini tempat nak selfie. Ya betul. Ruangan menunggu yang berkonsepkan santai, menggabungkan seni kayu pallet dan dihidupkan dengan background rumput di belakang. Selalunya, perbincangan ringkas di adakan di sini sahaja.

Kemudahan – Parking

Parking di sini juga sangat banyak dan luas. Malah ia nya percuma! Bukan sahaja kereta, bas pun boleh parking depan Event Hall kami. Bila saya cita kat Mak, ternganga dia..wah senangnya nak datang buat program nanti. Siap boleh bas parking situ. Ya mak, dan berkat dan masin mulut mak-lah..insyallah hujung bulan ni satu rombongan bas dari Johor akan berprogram di sini. Hehe…

Begitulah kawan, doa ibu bapa kita mustajab ya amat. Tiada hijab. Tiada halangan. Sebab tu setiap kali telefon atau jumpa mak, saya cakap..mak, doakan kak long. mak, doakan kak long. mak, doakan kak long.

Kemudahan Lain

Sebenarnya, ada lebih 70 kemudahan yang terdapat di sekitar Event Hall kami yang sangat membantu kalian dan peserta apabila buat program di sini. Untuk itu, di sini saya senaraikan di antara terbaik yang ada di kawasan sekitar Event Hall untuk kalian. Senarai ini dipilih berdasarkan keperluan dan keperluan sebagai organizer program ataupun sebagai peserta.
[gdlr_button href=”Kemudahan Bilik Seminar” target=”_self” size=”medium” background=”#FF0000″ color=”#000000″ border_color=”#999999″]Lihat Kemudahan Lain [/gdlr_button]

Program Yang Boleh Di Buat Di Sini

Kami design Event Hall ini dengan konsep yang minima. Tidak sarat. Jadi sangat banyak program yang boleh kalian jalankan di sini seperti berikut:

  • Group Discussion
  • Private Function
  • Annual Grand Meeting
  • Private Wedding Reception / Akad Nikah
  • Seminar / Training
  • Reunion
  • Workshop / Biz Preview
  • Certification Program
  • …and so-on

Rancang Program 2019 Anda Di Sini!

Buat rakan-rakan saya yang terdiri dari kalangan PLF, Penceramah, Trainer, Coach, Guru dan semua yang boleh dapat manfaat dari Event Hall ini, jemput datang ke buat program / event kalian di sini.

Insya-Allah, dengan fasiliti yang disediakan yang lengkap, lokasi yang strategik dan kemudahan sekitar yang hanya walking-distance, pasti amat memudahkan anda dan peserta-peserta program.

Kepada anda yang datang dari luar Selangor, mungkin anda tak familiar dengan kawasan Bandar Saujana Putra. Jadi, sekiranya anda menggunakan apps Google Map ataupun Waze di telefon anda, anda bolehlah search aje “Event Hall, The Career Expert” atau “The Career Expert“.

ALAMAT

Alamat lengkap kami adalah seperti berikut:

Career Expert EVENT HALL
No 32-1 & 32-2, Jalan SP 1/2, Saujana Avenue,Bandar Saujana Putra, Elite Highway (KLIA),42610 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.Tel: 019-210 4948
Landmark : Sebaris 99 Speedmart di Jalan SP 1/2, mengadap Mahsa International School.

Dah sampai, cari signboard ini ya.
Namun, jika tak jumpa boleh call saya di no ini 019-210 4948.

bilik-seminar-fasiliti-lengkap

Terima kasih buat semua yang hadir dalam perjalanan hidup kami tanpa syarat memberikan pertolongan.

Doakan kami.

Ainul Naim
Yang cekal akan terus kekal.

Ainul Naim

Author Ainul Naim

Kami menyediakan perkhidmatan sewa bilik seminar dan dewan acara di Selangor/KL untuk kursus atau program anda dengan kapasiti dari 2-70 pax. Pakej mampu milik & berkonsep moden & minimalist. Mahu sewa bilik seminar di Selangor/KL atau nak tanya harga boleh PM ke atau whatsap ke hotline kami di 019-210 4948.

More posts by Ainul Naim

Leave a Reply